BENGKEL SENI JAHITAN

RAKAN USAHAWAN YAMAL (RUY)  dengan kerjasama Ai Marz Design and Creations akan mengadakan …

Kursus/Bengkel   : Menjahit Baju Kurung
Tarikh                   : 14hb & 15hb Julai 2012
Masa                     : 1.30 petang – 6.30 petang

                                 8.30 pagi – 1.30 petang
Tempat                 : Sweet Q Enterprise, Putra Height
                                35-G, Jalan Putra Mahkota 7/7B

                                Putra Heights, Subang Jaya
Yuran                   : RM250 (semua kelengkapan disediakan)


**Minuman ringan disediakan.



Anda dipelawa menambah kemahiran menjahit untuk menambahkan pendapatan ataupun untuk diri sendiri.

Sesiapa pun mampu untuk menjahit baju kurung. Anda hanya perlu belajar dengan pakar secara teori  dan praktikal dan dalam kelompok kecil.

Jangan lepaskan peluang. Anda mungkin dapat bergaya di Aidilfitri dengan baju jahitan anda sendiri.

Sila hubungi 019-3555089 (Cik Faridah) untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan.

PROGRAM RUY DISEMBER 2011

Assalamualaikum w.b.t...
Salam Usahawan,

TERKINI!!!    RUY kembali lagi!   
Program Rakan Usahawan Ya’mal (RUY)

I.   SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN
        TARIKH : 9, 10 & 24, 25 DISEMBER 2011
        MASA:      0800 – 1700
        TEMPAT 1: **Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
                               Persiaran Masjid, Seksyen 14, Shah Alam (Jumaat 09/12/11)

        TEMPAT 2: **Kompleks Kelab Warga Emas, Seksyen 24, Shah Alam
                               (Sabtu 10/12/2011)

        TEMPAT 3: **JKR Seksyen 17, Shah Alam
                               (Sabtu 24/1211 – Ahad 25/12/11)


        ###Bonus pada 30 DISEMBER 2011 bersama Irfan Khairi 
              dalam Seminar SEDIA ADA
        ### Untuk tip-tip memulakan perniagaan Internet & memasarkan 
               – walaupun dari rumah!


II.  SEMINAR USAHAWAN SEDIA ADA
        TARIKH: 30 & 31 DISEMBER 2011
        MASA:     0800 – 1700
        TEMPAT: **JKR Seksyen 17, Shah Alam

 PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG... 
 REBUTLAH PELUANG INI... 
 sehingga hujung bulan NOVEMBER 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
En. Iqmal – 010-2533 787
En. Azrul – 010-4301 186 


Email: RUY.AMAL@gmail.com
http://www.facebook.com/RUY2011
http://www.wix.com/yayasanyamal/ruy2011
http://rakanusahawanyamal.blogspot.com/


"Usahawan Tekun, Negara Rukun"
Rakan Usahawan Ya’mal (RUY)

SEMINAR USAHAWAN SEDIA ADA

Assalamualaikum w.b.t...

Salam Usahawan,

Pesanan manis (sweet reminder) untuk para peserta yang bersetuju untuk mengikuti SEMINAR USAHAWAN SEDIA ADA, Program Rakan Usahawan Ya’mal (RUY).
Sebagaimana yang telah dirancang sebelum ini, SEMINAR USAHAWAN SEDIA ADA akan diadakan pada 16 September 2011 dan 17 September 2011, bersamaan hari Jumaat dan Sabtu, 18 dan 19 Syawal 1432. 
Untuk pengetahuan Saudara/Saudari, SEMINAR USAHAWAN SEDIA ADA, Program Rakan Usahawan Ya’mal (RUY) akan diadakan di Dewan Jabatan Perhutanan, FRIM Kepong, Selangor.
http://g.co/maps/5888n @ http://g.co/maps/evvfm 

Tentatif Program Usahawan Sedia Ada 

Rakan Usahawan Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia (RUY)

16 - 17 September 2011

Hari Pertama – 16 September 2011
8.00 pagi – 8.30 pagi                             Pendaftaran dan Sarapan
8.30 pagi – 8.45 pagi                             Penerangan Ringkas tentang Program RUY
                                                                   oleh Setiausaha YA’MAL
9.00 pagi – 10.45 pagi                           Jihad Bisnes
10.45 pagi – 11.00 pagi                         Minum pagi
11.00 pagi – 12.30 tengah hari              Bengkel Jualan dan Pemasaran - Konvensional
12.30 tengah hari – 3.00 tengah hari     Makan tengah hari, Solat Jumaat
3.00 tengah hari – 4.00 petang              Bengkel Jualan dan Pemasaran – Internet #1
4.00 petang – 4.30 petang                     Minum Petang, Solat Asar
4.30 petang - 5.30 petang                      Bengkel Jualan dan Pemasaran – Internet #2


Hari Kedua – 17 September 2011
8.00 pagi – 8.30 pagi                             Pendaftaran dan Sarapan
8.30 pagi – 8.45 pagi                             Pembukaan oleh Setiausaha YA’MAL
8.45 pagi – 10.30 pagi                           Bengkel Pengurusan Kewangan
10.30 pagi – 10.45 pagi                         Minum pagi
10.45 pagi – 12.15 tengah hari              Membina Jaringan Pintar &
                                                                   Pembiayaan Kewangan - Agensi
12.15 tengah hari – 1.30 tengah hari     Makan tengah hari, Solat Zuhur
1.30 tengah hari – 3.00 petang              Pembiayaan Kewangan - Geran
3.00 petang – 3.30 petang                     Minum Petang
3.30 petang - 5.00 petang                      Kesan & Pesan / Penutup

                                                                                                 


 



SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN 10 SEPTEMBER 2011

Seminar Asas Keusahawanan yang telah berlangsung pada 10 September 2011 di Masjid As-Salam (Masjid Terapung), Puchong Perdana.



 

Tentatif Program Asas Keusahawanan RUY

Pesanan manis (sweet reminder) untuk para peserta yang mengikuti SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN, Program Rakan Usahawan Ya’mal (RUY).

Sebagaimana yang telah dirancang sebelum ini, SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN akan bermula pada
10 September 2011, bersamaan hari Sabtu, 12 Syawal 1432H.

Seterusnya, Program Hari Ketiga dan Hari Keempat pada
24 & 25 September 2011.


Pautan lokasi MASJID TERAPUNG PUCHONG 
http://g.co/maps/vwjv







Tentatif Program 
Rakan Usahawan Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia (RUY)
Usahawan Baru – 
10, 24 & 25 September 2011

Hari Pertama – 10 September 2011 (Sesi Siang)
8.00 pagi – 8.30 pagi                              Pendaftaran dan Sarapan
8.30 pagi – 8.45 pagi                              Penerangan Ringkas tentang Program RUY
                                                                     oleh Setiausaha YA’MAL
8.45 pagi – 10.30 pagi                            Jihad Bisnes
10.30 pagi – 10.45 pagi                         Minum pagi
10.45 pagi – 12.15 tengah hari             Pengenalan kepada Keusahawanan
12.15 tengah hari – 1.30 tengah hari   Makan tengah hari, Solat Zuhur
1.30 tengah hari – 3.00 petang              Peluang Perniagaan
3.00 petang – 4.30 petang                      Jaringan Perniagaan Internet
4.30 petang - 5.00 petang                      Minum Petang, Solat Asar
5.00 petang – 7.00 malam                      Latihan dalam Kumpulan (LDK)

Hari Pertama – 10 September 2011 (Sesi Malam)
7.00 malam – 8.00 malam                     Pendaftaran dan Solat Maghrib
8.00 malam – 8.30 malam                     Makan Malam
8.30 malam – 9.30 malam                     Bengkel Jualan & Pemasaran – Internet
9.30 malam – 10.30 malam                   Bengkel Jualan & Pemasaran – Konvensional
10.30 malam – 11.00 malam                 Minum Malam

Hari Kedua – 24 September 2011
8.00 pagi – 8.30 pagi                             Pendaftaran dan Sarapan
8.30 pagi – 8.45 pagi                             Pembukaan oleh Setiausaha YA’MAL
8.45 pagi – 10.30 pagi                           Operasi Perniagaan
10.30 pagi – 10.45 pagi                        Minum pagi
10.45 pagi – 12.15 tengah hari            Bengkel Membuat Rancangan Perniagaan #1
12.15 tengah hari – 1.30 tengah hari  Makan tengah hari, Solat Zuhur
1.30 tengah hari – 3.00 petang            Bengkel Membuat Rancangan Perniagaan #2
3.00 petang – 3.30 petang                    Minum Petang
3.30 petang - 5.00 petang                    Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Hari Ketiga – 25 September 2011
8.00 pagi – 8.30 pagi                             Pendaftaran dan Sarapan
8.30 pagi – 8.45 pagi                             Pembukaan oleh Setiausaha YA’MAL
8.45 pagi – 10.30 pagi                           Pembiayaan Kewangan - Agensi
10.30 pagi – 10.45 pagi                         Minum pagi
10.45 pagi – 12.15 tengah hari            Pembiayaan Kewangan - Geran
12.15 tengah hari – 1.30 tengah hari  Makan tengah hari, Solat Zuhur
1.30 tengah hari – 3.00 petang             Latihan dalam Kumpulan (LDK)
3.00 petang – 3.30 petang                     Minum Petang
3.30 petang - 5.00 petang                    Kesan & Pesan/Penutup


“Usahawan Tekun Negara Rukun"


Program2 RUY diwujudkan demi menyahut kata2 Rasulullah 


"Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yg meminta", maka kita berusaha utk membimbing dan mengadakan Bakal2 usahawan yg akan menjadi tangan yg memberi dan membebaskan diri sendiri dari keadaan "tangan yg meminta"

RAKAN USAHAWAN YAYASAN AL-TARBIYAH MALAYSIA (RUY)

RAKAN USAHAWAN YAYASAN AL-TARBIYAH MALAYSIA (RUY) diwujudkan untuk memberi peluang kepada para usahawan membina kekuatan perniagaan dengan mewujudkan suatu jaringan keusahawanan yang luas dibantu dengan satu sistem sokongan yang berterusan, khususnya dalam hal pemasaran dan pengurusan kewangan.

Lahir daripada kesedaran untuk turut serta dalam agenda Kerajaan Malaysia untuk
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara
(Falsafah Pendidikan Negara).

Disamping dapat membangunkan modal insan; taraf hidup masyarakat; infrastruktur yang mendukung pelbagai bentuk industri; ekonomi; budaya masyarakat berpendidikan.

Antara pembuka tirai 2011, kami telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Keusahawanan “Usahawan Tekun Negara Rukun” bertarikh 27 Mac 2011 dengan bilangan peserta program sekitar 1,500 orang. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim (mantan Presiden Johor Corporation).

Dewan Centrum, Mara, Setiawangsa
Tingkat 5, Jalan Setiawanga 13
Taman Setiawangsa
54200 Setiawangsa
Kuala Lumpur



Demi merealisasikan misi & visi yang dinyatakan, Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia sentiasa berhubung dan bekerjasama secara rapat dengan pihak Kerajaan dan agensi-agensi serta berbagai organisasi yang terkait dengan pendidikan dan pembinaan modal insan sama ada dari dalam mahupun dari luar negara untuk membentuk suatu jaringan yang saling mendukung dan memberi manfaat antara satu dengan yang lain atas tujuan yang sama – KEBAIKAN UNTUK SELURUH MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN PEMBANGUNAN NEGARA.

Mendidik dan membangun hanya semata-mata untuk beribadah kepada Allah S.W.T.













PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar.


DEFINISI USAHAWAN

Perkataan USAHAWAN mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, mereka yang menjalankan perniagaan (system barter) dipanggil sebagai PEDAGANG. Manakala pada tahun 1900-an mereka dikenali sebagai PENIAGA.

Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan ‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.

Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-

Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.
The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.
Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.
Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.
Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seseorang yang sanggup mengambil risiko dalam memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga boleh dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang mengurus dan menerajui perniagaannya serta dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu, ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan seorang yang mempunyai wawasan dalam mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat, bangsa dan negara. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.









Assalamualaikum w.b.t...
Salam Usahawan,

TERKINI!!!
Program Rakan Usahawan Ya’mal (RUY)

I.   SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN
        TARIKH : 10, 11 & 24, 25 SEPTEMBER 2011
        MASA:      0800 – 1700
        TEMPAT: MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA

II.  SEMINAR USAHAWAN SEDIA ADA
        TARIKH: 16 & 17 SEPTEMBER 2011
        MASA:     0800 – 1700
        TEMPAT: MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA

 PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG... 
 REBUTLAH PELUANG INI... 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
En. Iqmal – 010-2533 787
En. Azrul – 010-4301 186 


Email: RUY.AMAL@gmail.com
http://www.facebook.com/RUY2011
http://www.wix.com/yayasanyamal/ruy2011
http://rakanusahawanyamal.blogspot.com/


"Usahawan Tekun, Negara Rukun"
Rakan Usahawan Ya’mal (RUY)