RAKAN USAHAWAN YAYASAN AL-TARBIYAH MALAYSIA (RUY) diwujudkan untuk memberi peluang kepada para usahawan membina kekuatan perniagaan dengan mewujudkan suatu jaringan keusahawanan yang luas dibantu dengan satu sistem sokongan yang berterusan, khususnya dalam hal pemasaran dan pengurusan kewangan.
Lahir daripada kesedaran untuk turut serta dalam agenda Kerajaan Malaysia untuk
“melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara”
(Falsafah Pendidikan Negara).
Disamping dapat membangunkan modal insan; taraf hidup masyarakat; infrastruktur yang mendukung pelbagai bentuk industri; ekonomi; budaya masyarakat berpendidikan.
Antara pembuka tirai 2011, kami telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Keusahawanan “Usahawan Tekun Negara Rukun” bertarikh 27 Mac 2011 dengan bilangan peserta program sekitar 1,500 orang. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim (
mantan Presiden Johor Corporation).
Dewan Centrum, Mara, Setiawangsa
Tingkat 5, Jalan Setiawanga 13
Taman Setiawangsa
54200 Setiawangsa
Kuala Lumpur
Demi merealisasikan misi & visi yang dinyatakan, Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia sentiasa berhubung dan bekerjasama secara rapat dengan pihak Kerajaan dan agensi-agensi serta berbagai organisasi yang terkait dengan pendidikan dan pembinaan modal insan sama ada dari dalam mahupun dari luar negara untuk membentuk suatu jaringan yang saling mendukung dan memberi manfaat antara satu dengan yang lain atas tujuan yang sama –
KEBAIKAN UNTUK SELURUH MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN PEMBANGUNAN NEGARA.
Mendidik dan membangun hanya semata-mata untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
Malaysia menuju ke arah negara perindustrian menjelang tahun 2020 di mana sektor perniagaan dijangka bertambah penting. Ia bukan sahaja merupakan sektor sokongan tetapi lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan yang lebih besar.
DEFINISI USAHAWAN
Perkataan
USAHAWAN mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, mereka yang menjalankan perniagaan (system barter) dipanggil sebagai
PEDAGANG. Manakala pada tahun 1900-an mereka dikenali sebagai
PENIAGA.
Perkataan usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘
entrepreneur’. Perkataan ‘
entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘
entreprendre’ yang bererti
memikul tugas atau tanggungjawab. Perkataan ‘
entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.
Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak dan beberapa pengertian kepada perkataan usahawan telah diberikan seperti berikut:-
Kamus Dewan Edisi Baru mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.
The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.
Joseph A.Schumpeter, seorang ahli ekonomi menyatakan usahawan adalah seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan.
Webster’s Third New International Dictionary pula mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki, mengurus dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.
Carland (1984) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.
Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seseorang yang sanggup mengambil
risiko dalam memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga boleh dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang
mengurus dan menerajui perniagaannya serta dapat
menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu, ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan seorang yang mempunyai
wawasan dalam mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat, bangsa dan negara. Ia adalah seseorang yang inginkan
kebebasan dalam perniagaan,
membuat keputusan sendiri dan seterusnya
ingin berjaya atas usaha sendiri.
Assalamualaikum w.b.t...
Salam Usahawan,
TERKINI!!!
Program Rakan Usahawan Ya’mal (RUY)
I. SEMINAR ASAS KEUSAHAWANAN
TARIKH :
10, 11 & 24, 25 SEPTEMBER 2011
MASA: 0800 – 1700
TEMPAT: MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA
II. SEMINAR USAHAWAN SEDIA ADA
TARIKH:
16 & 17 SEPTEMBER 2011
MASA: 0800 – 1700
TEMPAT: MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA
PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG...
REBUTLAH PELUANG INI...
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
En. Iqmal – 010-2533 787
En. Azrul – 010-4301 186
Email:
RUY.AMAL@gmail.com
http://www.facebook.com/RUY2011
http://www.wix.com/yayasanyamal/ruy2011
http://rakanusahawanyamal.blogspot.com/
"Usahawan Tekun, Negara Rukun"
Rakan Usahawan Ya’mal (RUY)